Kejadian Rogol Di Pusat Kuarantin Coronavirus India

- Advertisement -

INDIA: Seorang gadis berusia 14 tahun yang positif Covid-19, mendakwa telah diperkosa oleh 2 orang pesakit koronavirus lain di sebuah pusat kuarantin terbesar di India, kata polis.

Mangsa dan kedua-dua lelaki tersebut disahkan positif virus berkenaan dan tinggal di kemudahan dengan 10,000 katil di Delhi ketika serangan seks itu dikatakan berlaku.

Mangsa dan dua lelaki tersebut menunjukkan simptom ringan Covid-19. Ketika serangan itu berlaku, tertuduh pertama berusia 19 tahun menyerang mangsa di bilik air sementara rakannya merakam insiden tersebut.

Indian Express melaporkan bahawa gadis itu telah dikuarantin selama seminggu.

Kejadian rogol itu dilaporkan kepada pihak polis selepas gadis itu melaporkan kejadian tersebut kepada pengurusan pusat kuarantin.

Pegawai kanan polis Parvinder Singh memberitahu akhbar berkenaan, “Tertuduh telah ditangkap dan dihantar ke pusat tahanan kehakiman tetapi akan tetap berada dalam jagaan pusat kuarantin sehingga mereka pulih dari jangkitan.” – Daily Express.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat