Kakak, 10 ahli keluarga Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel

- Advertisement -

GAZA- Sekurang-kurangnya 10 ahli keluarga pemimpin paling kanan Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel di kediaman mereka di kem pelarian Beach, bandar Gaza, hari ini.

Menurut sumber perubatan, kakak Haniyeh antara yang turut terkorban dalam serangan tersebut, lapor agensi berita Anadolu.

Pada April lalu, Haniyeh kehilangan tiga anak lelakinya dalam serangan udara Israel yang mengenai kereta mereka di kem Beach.

Serangan udara Israel yang lain menyasarkan dua sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan di kawasan kejiranan Al-Daraj, timur bandar Gaza dan di kem pelarian Beach, menyebabkan beberapa kematian.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah kematian dan mangsa yang cedera.

Sementara itu, pasukan Pertahanan Awam di kem pelarian Al-Maghazi mengeluarkan lima mayat, termasuk tiga kanak-kanak dan seorang wanita dari bawah runtuhan rumah yang musnah dalam serangan udara Israel.

Israel melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera dan berdepan kecaman antarabangsa ketika serangan kejam berterusan di Gaza.

Sehingga kini, lebih 37,600 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya adalah golongan wanita dan kanak-kanak, manakala hampir 86,100 yang lain cedera.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat