“Ini masalahnya bila kita mahu jadi lebih Hamas daripada Hamas itu sendiri” – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hasil perbincangannya dengan pemimpin Hamas mendapati kumpulan gerakan pejuang Islam tidak mempunyai masalah dengan rancangan penjualan 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada konsortium dimiliki oleh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan GIP.

“Hadir ke Dewan Rakyat pagi ini untuk Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) dan menjawab soalan berkenaan isu saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang dikaitkan dengan firma BlackRock.

“Saya tegaskan tidak timbul isu kononnya lapangan terbang negara dijual kepada syarikat asing, sebaliknya transaksi ini akan meningkatkan penguasaan Kerajaan dalam MAHB tatkala pegangan saham Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lantas meningkat kepada 70 peratus ketimbang pada hanya 41 peratus sebelum ini.

“Saya turut singgung pendirian pembangkang terhadap BlackRock yang tidak konsisten dan berubah-ubah kerana saat berada dalam kerajaan pada 2021, mereka ternyata tidak punyai masalah untuk memilih BlackRock untuk menjadi antara pengurus dana Akaun Terurus Berasingan (SMA) bagi pelaburan KWSP patuh syariah yang pertama dan terbesar di dunia dengan peruntukan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion). Malah, saya turut bersetuju dengan tindakan tersebut kerana memahami sebab-sebabnya yang kukuh.

“Saya berbincang dengan pimpinan Hamas, tidak berbangkit pun. ini lebih Hamas daripada Hamas. Ini yang jadi masalah kita,” bidas Anwar.

Perdana Menteri malah menegaskan, justeru, apa yang mustahak adalah urusan ini tidak sama sekali menjejaskan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak dan keadilan buat rakyat Palestin di Gaza, seperti mana yang telah kita suarakan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS).

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan, walaupun ada mencatat keuntungan, tetapi unjuran keuntungan dan kapasiti itu jauh lebih rendah daripada apa yang dicapai oleh lapangan terbang negara-negara jiran sama ada Singapura, Thailand atau Jakarta.

“Faktor keselamatan tidak berbangkit kerana masih milik Kerajaan. Keselamatan tanggungjawab Kerajaan, Pengerusi syarikat dan CEO masih rakyat Malaysia, itu syarat-syarat kelayakan.

“Jadi soal penjualan MAHB tidak berbangkit sama sekali kerana milik Kerajaan daripada 41 peratus ke 70 peratus. Pengerusi syaratnya mesti rakyat Malaysia, CEO mesti rakyat Malaysia, keselamatan keseluruhannya tanggungjawab Kerajaan Malaysia.

“Pertama, mengikut Khazanah dan KWSP, melihat pada prestasi tentunya kita memerlukan sedikit masa. Sepertimana kes digital atau AI,
itu kerjasama atau semi konduktor dengan syarikat asing itu sangat penting, termasuklah dalam soal pengurusan lapangan terbang berskala besar.

“Keduanya implikasinya memang berat. Pertama kita sebut dalam penyenaraian yang besar. Ini yang akan digunakan untuk menyerang saya bila saya sebut kalau syarikat itu ada kepentingan Israel. Keputusan kita syarikat Israel. Syarikat Apple, Microsoft , NVIDIA semua ada kepentingan dengan Israel. Apakah kita batalkan? Bunyinya sedap bagi orang dengar, seronok, kita ini pejuang tetapi
sebenarnya tidak realistik,” kata Anwar.

Jadi katanya, menjual maknanya 20 bilion pasaran saham di Malaysia. Ada yang kata “apa salahnya, kerana prinsip kita boleh, jangan kita korbankan maruah negara”.

“Tapi soal prinsip kita tak korbankan apa-apa. Apa yang kita korbankan kerjasama dengan GIP?

“Apa yang dikorbankan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tatkala serah BlackRock untuk urus dana EPF? Tidak ada korban. Saya pertahankan keputusan itu. Saya tidak jadikan ini isu politik,” bidas Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat