Semalam telah berlangsungnya pelancaran Windows 11 secara rasmi oleh Microsoft. Sistem operasi versi terbaru ini dilihat telah menawarkan pelbagai fungsi terbaru buat para pengguna.
Pembaharuan terbaru dan tidak disangka pengguna bakal diperkenalkan adalah sokongan aplikasi Android pada sistem operasi ini. Menurut Microsoft, penggunaan aplikasi Android bakal ditawarkan melalui Amazon App Store.
Menerusi pembaharuan yang dibuat, Microsoft dilihat sebagai syarikat yang lebih terbuka selepas membenarkan aplikasi Android dapat digunakan secara terus pada sistem operasi ini.
Kami berpendapat penawaran aplikasi Android ini pastinya memberi kelebihan buat sesetengah pengguna khususnya para gamer dalam menggunakan komputer untuk mengakses game yang tersedia pada Android menerusi sokongan skrin yang besar serta kawalan yang lebih fleksibel.
Difahamkan pengguna yang mahu menjadi antara yang terawal menggunakan Windows 11 boleh menaik taraf ke sistem operasi terbaru ini secara percuma melalui Windows Insider seawal minggu hadapan. Anda boleh menyemak sama ada komputer anda layak untuk menaik taraf ke Windows 11 atau sebaliknya dengan klik di sini.
The Vocket