Tak masuk akal akui Umno, DAP jadi kawan baik dalam 6 bulan lepas 60 tahun ‘perang’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbalahan Umno dan DAP yang berlangsung 60 tahun tidak mungkin dapat diredakan dalam tempoh 6 bulan sahaja.

Hal demikian ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mengemukakan saran agar lebih baik pemimpin Umno dan DAP tidak buat sebarang kenyataan tentang sokongan sesama parti.

“Lebih baik pemimpin Umno dan DAP tak buat sebarang kenyataam tentang sokongan, lebih baik diam saja kerana hubungan Umno-DAP sangat sensitif.

“Kita punya perbalahan dengan DAP dah 60 tahun, ia tak boleh dalam 6 bulan petik jari suruh orang sokong DAP, jadi kawan baik. Saya rasa itu tak masuk akal,” kata Isham dalam video yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.

Menurut Isham, perseteruan Umno dan DAP sebelum ini berasaskan perbezaan ideologi.

“Lepas perang kita nak buat pakatan seperti itu (Kerajaan Perpaduan), sebenarnya pakatan yang berkekalan perlu berasaskan ideologi tapi sekarang ideologi bertentangan.

“DAP dengan PH ideologi dia liberal, perjuangkan asimilasi tapi kita Umno, BN, MCA dan MIC kita tak perjuangkan asimilasi kita perjuangkan integrasi. Jelas sekali ideologi bertentangan.

“Untuk kita buat satu gabungan ideologi ia makan masa, kena buat percambahan idea bagi mencari satu titik ideologi ia tak boleh dibuat dalam 6 bulan,” katanya.

Jadi Isham menegaskan, lepas perang langkah yang boleh dilakukan ialah meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain.

“Kita nak pergi pilihan raya negeri (PRN), kalau PH tak percaya kepada kita dan kita tak percaya kepada dia, susah.

“Kepercayaan melalui earnesty iaitu kena tunjuk keikhlasan. Umno dan DAP kena tunjuk keikhlasan masing-masing baru boleh kerjasama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Isham mengulas berkenaan spekulasi kononnya Umno-Barisan Nasional (BN) hanya mendapat lima kerusi untuk mereka bertanding dalam PRN Selangor.

“Berkenaan PRN dakwa nak bagi Umno-BN lima kerusi saja, ini bukan menunjukkan keikhlasan.

“Mesti bincang tunjuk serius bergabung tapi bila libatkan pembahagian kerusi semua jadi tamak ia akan menjadi masalah kepada kita,” katanya.

Manakala menyentuh berkaitan gesaan pimpinan Umno merayu akar umbi memberi undi kepada DAP.

“Kononnya kalau Umno nak menang dan mahukan transaksi undi Cina, kita kena sokong DAP. Tapi perlu ingat, ‘base; hilang apa jadi pada kita (Umno) nanti? Kita kena lihat dengan hati-hati.

“Kalau kita dapat undi daripada bukan Melayu melalui Pakatan Harapan (PH) banyak kerusi kita boleh menang, itu belum tentu kita dapat kerusi itu ke tidak.

“Oleh itu kita harap PH ikhlas dengan kita dan pembahagian kerusi akan lebih menunjukkan mereka serius nak berunding dengan
kita dan membuatkan Kerajaan Perpaduan kekal lama, kalau dia tak serius bagi sajalah apa yang ada penyokong kita akan marah nanti,” kata beliau lagi.

Tegas Isham, keputusan PRN akan bagi isyarat kepada kerajaan di Persekutuan.

“Untuk selamatkan Umno kita tak boleh hilang pengundi tegar.

“Ia asas, apabila dia hilang hormat kepada kita. 60 tahun bawa aspirasi orang Melayu namun kalau kita diperkotak katikkan penyokong tegar kita akan hilang hormat kepada parti kita.

“Bila penyokong tegar hilang hormat kepada parti kita maka kita tak dapat semula, bila orang tengok Umno tak boleh bawa aspirasi orang Melayu itu akan jadi masalah,” ujar Isham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat