Kamera terbaik

- Advertisement -

RAJA kamera segala peranti. Itu yang boleh disimpulkan untuk peranti baharu keluaran Honor iaitu Magic5 Pro.

Imej yang dirakam menerusi peranti berkenaan dinobatkan yang terbaik oleh DXOMark hasil kejuruteraan kamera termaju.

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Honor Malaysia melancarkan dua peranti kelas perdana mereka iaitu Honor Magic5 bersama sebuah lagi peranti skrin boleh lipat iaitu Honor Magic Vs.

Menerusi pelancaran dua peranti berkenaan, Honor menambah siri kelas perdana mereka yang mendapat sambutan luar biasa sejak ia diperkenalkan ketika Persidangan Mudahalih Sedunia 2023 (MWC 2023) di Barcelona, Februari lalu.

Untuk generasi Honor Magic5, ia didatangkan dengan dua variasi iaitu Magic5 dan Magic5 Pro, masing-masing menawarkan keupayaan kamera luar biasa khususnya untuk versi Honor Magic5 Pro yang menduduki tangga pertama dalam DXOMark untuk fotografi mudahalih.

Fokus utama peranti ini adalah tiga kamera utama, ‘Falcon Triple Main Camera’ yang merangkumi kamera sudut lebar dengan keupayaan 50 megapiksel (MP) bersama ciri OIS, EIS dan sensor sebesar 1/1.2 inci.

Berbanding model sebelumnya, Honor Magic5 Pro kini dipertingkatkan pada kelajuan pengimejan dengan peningkatan dalam kelajuan pelancaran sebanyak 102 peratus, kelajuan fokus (245 peratus), reaksi perakam (147 peratus) dan kelajuan pengimejan dipertingkatkan 118 peratus.

Menyentuh aspek spesifikasi Honor Magic5 Pro, ia dikuasakan dengan memori (RAM) 12GB bersama storan 512GB.

 

HONOR Magic5 Pro memberikan keupayaan kamera paling maksimum dalam kelasnya.
HONOR Magic5 Pro memberikan keupayaan kamera paling maksimum dalam kelasnya.

 

Pada masa sama, peranti ini menggunakan paparan LTPO dengan saiz 6.81 inci bersama-sama resolusi 1312 x 2848.

Peranti ini juga mempunyai kadar kecerahan (nits) maksimum 1800 nits dan kadar segar semula 120Hz sesuai untuk pengalaman kepenggunaan yang pebih baik khususnya untuk permainan mudahalih.

Pada kali ini, Honor memperkenalkan sistem kamera ‘Falcon’ yang dikuasakan dengan lensa utama 50 megapiksel (MP), lensa ultra lebar 50MP dan lensa periskop 50MP.

Sistem kamera yang diperkenalkan turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan iaitu ‘AI Motion Sensing’ sekali gus memberikan rakaman imej lebih jelas tanpa kekaburan.

Untuk peranti ini, Honor turut melakukan perubahan menerusi rekaan bateri baharu iaitu bateri ‘karbon silikon’ yang memberikan jangka hayat lebih lama berbanding bateri binaan graphite.

Tanda harga untuk Honor Magic5 bermula RM3,499 manakala untuk versi Honor Magic5 Pro adalah RM4,299.

Pra tempahan boleh dibuat bermula jam 5 petang ini sehingga 14 April dan pembeli terawal akan mendapat lebih banyak tawaran menarik dengan hadiah bernilai lebih RM1,200.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat