Melonjak Potensi DDI Negara Melalui Pemerkasaan Pusat Sehenti PBT

CYBERJAYA: Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil. 3 Tahun 2022 membincangkan dua perkara utama berhubung pelaburan langsung domestik (DDI) dan pemerkasaan pusat sehenti (One Stop Centre – OSC) Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataam media hari ini berkata, Negara yang kini dalam fasa “Peralihan ke Endemik” dan DDI adalah elemen terpenting dalam pemulihan ekonomi.

Sehubungan itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) khususnya dalam memperkasakan DDI.

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil. 3 Tahun 2022 membincangkan dua perkara utama berhubung pelaburan langsung domestik (DDI) dan pemerkasaan pusat sehenti (One Stop Centre – OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Negara yang kini dalam fasa “Peralihan ke Endemik” dan DDI adalah elemen terpenting dalam pemulihan ekonomi.

Sehubungan itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM)khususnya dalam memperkasakan DDI.