Lonjak Potensi Pelaburan Domestik Menerusi Pemerkasaan Pusat Sehenti PBT – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, Mesyuarat Tindakan Ekonomi (EAC) Bil. 3 Tahun 2022 telah membincangkan dua perkara utama berhubung pelaburan langsung domestik (DDI) dan pemerkasaan pusat sehenti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Negara yang kini dalam fasa “peralihan ke Endemik” dan DDI adalah elemen terpenting dalam pemulihan ekonomi.

“Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Dewan Perniagaan dan perindustriann Kebangsaan malaysia (NCCIM) khusunya dalam memperkasakan DDI.

“Antara cadangan tersebut termasuklah melaksana kajian berkaitan inisiatif bagi mengurangkan 50 peratus kekangan birokrasi, melakukan penyatuan dan penyelarasan insentif pelaburan, merekayasa proses pengurusan buruh asing serta menyediakan pelan tindakan untuk mengembang rangkaian perusahaan kecil dan sederhana dengan pelaburan langsung asing (PKS-FDI),” kata Perdana Menteri, menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya lagi, bagi melonjakkan potensi DDI, kerajaan akan terus komited memperbaiki kualiti perkhidmatan PBT khususnya memperkasakan pelaksanaan OSC 3.0 kepada OSC 3.0 Plus agar sentiasa efisien, cepat dan telus.

“OSC 3.0 Plus adalah prosedur lengkap dan seragam berdasarkan undang-undang semasa bagi mengawalselia dan memudahcara proses pemajuan di kawasan PBT sehingga bangunan layak diduduki menggunakan aplikasi digital sepenuhnya di semua 98 PBT di Semenanjung Malaysia.

“Penambahbaikan tersebut melalui pengenalan Sistem OSC 3.0 Plus Online dengan penekanan kepada aspek ‘teach in’, pengurusan aduan dan sesi libat urus pemegang taruh termasuk membangun mekanisme pusat sehenti pelesenan secara digital,” katanya.

Beliau berkata proses pemulihan ekonomi negara kini berada pada momentum terbaik dan kerajaan komited untuk memastikan DDI terus dirangsang dengan mengambil pendekatan mempermudahkan urusan para pemain industri.

“Kerajaan sentiasa mendengar cadangan daripada semua pihak untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat