Hantaran tular bantuan suri rumah JKM, palsu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata hantaran berkenaan “Tarikh Bantuan Raya JKM Mei 2022 – Bantuan Kanak-Kanak, Suri Rumah, Warga Emas” yang tular di media sosial adalah palsu.

JKM melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini memaklumkan orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

Orang ramai juga dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini, kata kenyataan itu.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat