SG4 perlukan bantuan Putrajaya permudah proses pelaburan masuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) menolak dakwaan empat negeri ditadbir gabungan pembangkang tidak menunjukkan perubahan signifikan dari segi ekonomi dan pembangunan.

Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pertumbuhan ekonomi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menunjukkan peningkatan setiap tahun walaupun kurang mendapat sokongan Putrajaya yang merumitkan keadaan termasuk hal berkaitan kemasukan pelabur.

“Jadi tak benar negeri ditadbir pembangkang atau dikenali sebagai SG4 (State Government 4) ini tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi ekonomi dan pembangunan.

“Saya minta pusat permudah segala urusan negeri pembangkang termasuk memudahkan proses pelaburan masuk serta hal berkaitan yang memerlukan kelulusan dan sokongan pusat,” lapor FMT.

Ahli Parlimen Alor Setar itu juga berkata, rekod PN mentadbir Putrajaya selama 33 bulan sebelum ini termasuk menangani isu berkaitan kos sara hidup rakyat menunjukkan gabungan tersebut mampu mentadbir dengan baik.

“Ini terbukti selama 33 bulan PN di Putrajaya dan pada masa itu kos sara hidup rakyat tidak seteruk hari ini dengan pelbagai inisiatif bantuan disalurkan dalam usaha meringankan beban rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, dilaporkan berkata PN perlu menunjukkan kemampuan menguruskan ekonomi dan membangunkan empat negeri ditadbir mereka untuk dijadikan contoh bahawa gabungan itu layak mentadbir Putrajaya termasuk menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat.

Katanya, ketika ini Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang ditadbir pembangkang tidak menunjukkan sebarang perubahan signifikan dari segi ekonomi dan pembangunan.

Menteri sumber asli dan kelestarian alam itu mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melaungkan keyakinan gabungan tersebut mampu menerajui negara lebih baik untuk membetulkan isu asas rakyat berbanding Kerajaan Perpaduan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat