KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan tidak timbul sama sekali bahawa pemilik asal hartanah, tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan di bawah pelaksanaan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB).
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, RUU yang sudah terangka lebih dari 10 tahun lalu ini juga akan tidak akan mengubah status tanah yang asal kekal sama ada Rizab Melayu atau status kekal tidak akan berubah.
Jelas beliau lagi, kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan.
“Dalam mana-mana negara yang pesat membangun, dan muncul bandar-bandar, yang kian berkembang, tentu kita hadapi bangunan yang tidak selamat, bangunan kawasan sesak dan miskin, di mana harus dibangunkan, dan projek terbengkalai. Sebab itulah sejak tahun 2012 Garis Panduan (Pembaharuan Semula Bandar) dikemukakan. Pada tahun 2013, diusulkan. dan seterusnya tahun 2015, proses pengggubalan dimulakan.
“Jadi soal gopoh itu, saya tidak faham mengapa dibangkitkan sekarang. Saya nak jelaskan untuk maklumat semua, sebelah sini dan sebelah sana.
“Pada Disember 2020, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerajui Program Pembaharuan ini, terutama rumah pangsa yang berusia lebih 40 tahun. Pada tahun 2021, (mantan) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin memulakan penggubalan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar
(RUU PSB).
“Pada 22 Mac 2022, (bekas) Menteri KPKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meneruskan dan menegaskan prinsip yang sama.YB Arau (bekas Menteri Wilayah Persekutuan) pada September 2022, menetapkan DBKL telah mengenal pasti 30 kawasan untuk pembaharuan semula.
“Sejak 2012, 74 kali sesi libat urus diadakan.Kita mengambil kira masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kita ambil umpama contoh, saya pergi ke flat Sri Perlis, Bandar Tun Razak, di antara yang paling lama, satu kamar, yang paling daif,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Justeru kata Anwar, bagi tahap kerajaan yang melihat semua projek-projek baru dan mercu tanda dan perubahan baik.
“Kita tak boleh biarkan begitu sahaja, maka perundingan harus dimulakan.Tapi ada kes, seperti mana kita tahu ada kes di salah satu projek di rumah pangsa Jalan Tun Razak. Itu semua setuju, seorang yang tidak setuju. Sampai sekarang, lapuk, lembap, daif di tengah tengah kota besar.
“Apakah kita boleh korbankan seluruh projek yang dipersetujui oleh 99 peratus hanya kerana seorang?
“Sebab itu, ada ambang persetujuan yang dicadangkan adalah 80% bagi bangunan kurang 30 tahun; 75 % bagi bangunan melebihi 30 tahun; dan 51% simple majority bagi rumah yang terbiar dan terbengkalai.
“Jadi Jawatankuasa Eksekutif Rumah tidak juga timbul mengambil alih peranan Kerajaan Negeri, kerana tanah Kerajaan negeri kekal dalam hal yang tersebut.
“Saya tidak ingin menyentuh, kerana RUU itu belum pun dibentangkan. Tetapi prinsip ini saya jamin termasuk selaras kehendak Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan dalam menggubal ini kita tidak mengenepikan prinsip ini dan juga prinsip perundangan yang sedia ada.
“Kita ambil contoh, Residensi Kerinchi yang dekat. Berapa kos rumah yang dianggap miskin? Itu semasa pengambilan alih dan pembangunan semula, itu kosnya RM 70,000, 418 kaki persegi. Kemudian, dinaikkan kepada 882 kaki persegi. Maka syaratnya, tidak boleh murah daripada dulu, tidak boleh kecil daripada dulu. Itu prinsip prinsip yang dalam diterima pakai yang dibuat.
“Akhirnya, dari RM70,000 kos naik sampai RM350,000 – RM400,000. Jadi, bagi saya dan kerajaan, ini cara kita nak bantu, kerana saya tak sanggup lihat kawasan-kawasan yang begitu.
“Tak timbul ini soal Rizab Melayu, Tanah Melayu, tak timbul. Ini semua suara-suara yang sebenarnya lari daripada… Kalau betul nak tolong Melayu, ini cara dia. Mana orang yang miskin, yang kita gunakan seluruh tenaga, jana untuk membangunkan mereka.
“Yang macam saya sebut tadi, Razak mansion. Harga rumah terus meningkat, kawasan meningkat 800 kaki persegi daripada asalnya 400 kaki persegi. Yang saya sebut tadi, yang Jalan Tun Razak itu. Desa Kudalari , lari sampai sekarang tak sampai sampai, maknanya gagal kita,” jelas beliau.
Menurut Menteri Kewangan itu lagi, dengan perundangan ini umpamanya, masih kita santuni seorang yang tak setuju itu masih terpaksa proses mediasi tu mesti diteruskan tapi projek
tidak boleh ditangguhkan.
“Kemudian, soal pemilikan macam rumah pangsa Sri Pahang. Saya tidak mahu menjelaskan secara terperinci di sini, cuma nak menyebut. Untuk maklumat kita, prinsip ini dipelihara.
“Saya nak tanya apa pilihan dia? Apakah kita boleh biar yang saya tahu sangat, Seri Perlis Jalan Tun Razak, kerana memang saya lihat itu, bila saya lihat itu saya beritahu Menteri mesti lakukan sesuatu segera.
“Tak boleh kita biar orang miskin majoriti Melayu, India di situ, ada sedikit Cina, tetapi majoriti Melayu dalam keadaan begitu, tapi jamin hak dia kekal jamin rumah itu akan lebih mahal, lebih baik.
“Kalau sekarang satu bilik, sekurang kurangnya 3 bilik. Itu syarat dia. Jadi maknanya bila mereka lihat itu, saya rasa boleh kita laksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan (DAP-Gopeng) Tan Kar Hing yang meminta komitmen kerajaan atas cadangan RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang akan memastikan tiada sesiapa pemilik tanpa mengira kaum diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.