Isu ‘BLACKPIG’ : Janna Nick jawab hari ini?

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick yang panas dengan kontroversi artis Kpop, baru-baru ini akan tampil dalam sidang media secara virtual, jam 2.30 petang ini.

Undangan sidang media yang diterima pagi ini tidak menyatakan sebarang agenda dan hanya ditulis Sidang Media Khas, namun dipercayai ada kaitan dengan kontroversi di mana dia didakwa mempersenda anggota kumpulan popular Korea Selatan, Blackpink iaitu Lisa Manoban dengan menulis Lisa BLACKPIG di Instagram membuatkan dia diserang netizen dan peminat kumpulan itu sejak Ahad lalu.

Janna turut mengumumkan penganjuran sidang media itu dalam Instagram.

Dalam kenyataannya Isnin lalu, Janna menjelaskan sudah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah, ugutan dan komen keterlaluan.

Dalam masa sama, Janna turut menafikan dia menggelar atau menyamakan Lisa Manoban sebagai Lisa BLACKPIG.

 

POSTER Sidang media Janna Nick, yang dijadual berlangsung hari ini.
POSTER Sidang media Janna Nick, yang dijadual berlangsung hari ini.

 

“Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai ‘Lisa BLACKPIG’, ia adalah terpesong sama sekali. Sebagai seorang individu yang juga meminati budaya Korea Selatan dari segi industri hiburan, budaya, fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan pelancongan, tohmahan terhadap saya adalah sangat tidak berasas,” katanya.

Janna juga sekali lagi menjelaskan dia tidak pernah sama sekali mempersenda kematian penyanyi Korea Selatan, Kim Jong-hyun pada 2018.

Isnin lalu, laman sembang kecoh kononnya akaun Instagram Janna yang memiliki 6.2 juta ‘followers’ itu disekat gara-gara kontroversi terbabit.

Bagaimana, akaun yang dinyahaktif itu aktif kembali kelmarin apabila Janna memuat naik dua hantaran baru dalam tempoh tiga jam.

Yang pertama dia mempromosikan drama terbaru lakonannya, Marry Me Senorita dan menulis luahan rasa untuk terus melakukan sesuatu secara berintergriti dan penuh kasih sayang.

harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,546FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat