Bursa Ditutup Rendah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian untuk hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan jualan dalam saham wajaran tinggi sarung tangan ditingkatkan bersempena pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini.

Barometer pasaran turut bergerak sejajar dengan aliran penurunan dilihat dalam kebanyakan bursa serantau hari ini.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.50 mata, atau 0.48 peratus kepada 1,557.55 daripada 1,565.05 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka tinggi 5.96 mata kepada 1,571.01 dan berada antara 1,557.55 dan 1,581.55 sepanjang hari.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 995 berbanding 332, manakala 404 kaunter tidak berubah, 467 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 12.70 bilion unit bernilai RM7.01 bilion daripada 11.45 bilion unit bernilai RM5.54 bilion pada Selasa.

Antara 30 konstituen FBM KLCI, pengeluar sarung tangan getah, iaitu Top Glove, Hartalega dan Supermax mencatatkan penurunan terbesar berikutan peniaga yakin pelaksanaan vaksin akan mengekang permintaan terhadap sarung tangan getah.

Pada penutup, Top Glove merosot 44 sen kepada RM5.23, Hartalega susut 66 sen kepada RM10.40 dan Supermax berkurangan 41 sen kepada RM5.04.

Kaunter FBM KLCI lain yang rendah termasuklah Telekom merosot 22 sen kepada RM6.23 dan RHB Bank susut enam sen kepada RM5.30.

Daripada saham cergas, XOX dan warannya, masing-masing naik setengah sen kepada 9.5 sen dan 2.5 sen, YKGI meningkat 8.5 sen kepada 26 sen, Techna-X susut tiga sen kepada 16 sen manakala Metronic Global tidak berubah pada 10.5 sen.

Kaunter paling rugi termasuklah Carlsberg yang merosot 70 sen kepada RM23.30, Sam Engineering and Equipment susut 43 sen kepada RM7.00 dan Pharmaniaga berkurangan 36 sen kepada RM4.40.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 67.68 mata kepada 11,483.12, Indeks FBMT 100 merosot 54.57 mata kepada 11,174.26 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 106.41 mata kepada 12,872.09.

FBM 70 merosot 78.02 mata kepada 15,351.46 dan FBM ACE susut 288.26 mata kepada 10,821.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 16.92 mata kepada 14,713.74, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.91 mata kepada 181.49 dan Indeks Perladangan menambah 17.52 mata kepada 7,160.70.

Indeks Penjagaan Kesihatan, bagaimanapun, merosot 130.24 mata kepada 3,247.91.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 8.16 bilion saham bernilai RM5.92 bilion daripada 7.07 bilion saham bernilai RM4.48 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran naik kepada 504.27 juta unit bernilai RM90.75 juta daripada 481.72 juta unit bernilai RM69.06 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 4.03 bilion saham bernilai RM996.19 juta daripada 3.89 bilion saham bernilai RM982.33 juta sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 925.09 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (3.40 bilion), pembinaan (271.07 juta), teknologi (1.30 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (164.41 juta), hartanah (478.87 juta), perladangan (51.92 juta), REIT (13.64 juta), dana tertutup (44,000), tenaga (1.07 bilion), penjagaan kesihatan (219.02 juta), telekomunikasi dan media (110.17 juta), pengangkutan dan logistik (103.62 juta) dan utiliti (41.93 juta).

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat