Shadan Othman Dilantik Sebagai Datuk Bandar MBMB Yang Baharu

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman akan dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang baharu berkuat kuasa 1 Februari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari menerusi satu kenyataan hari ini, berkata Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Januari ini.

“Berikutan pelantikan tersebut, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Datin Sapiah Haron dilantik sebagai Yang DIpertua MPHTJ berkuat kuasa tarikh sama,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan, Unit Kerajaan Tempatan (UKT), Jabatan Ketua Menteri Melaka, Rosmanizam Mohd Nalif @ Zawawi dilantik sebagai Yang Dipertua MPJ menggantikan Sapiah juga berkuat kuasa pada tarikh sama.

Manakala bagi Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) tiada pertukaran dilakukan apabila Saifuddin Abdul Karim kekal sebagai Yang Dipertuanya.

“Kerajaan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zainal di atas sumbangan beliau sebagai Datuk Bandar MBMB selama ini.

“Kerajaan Negeri Melaka juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Shadan, Sapiah, Saifuddin dan Rosmanizam atas pelantikan tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat