Sektor Perniagaan Di Sibu Perlu Pohon Permit Perjalanan Berkaitan Tugas

- Advertisement -

SIBU: Sektor perniagaan di sini perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu.

Jawatankuasa itu selepas berbincang dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak membuat keputusan amalan semasa iaitu majikan mengeluarkan surat kebenaran kepada pekerja untuk pergi bekerja akan dihentikan berkuat kuasa 27 Jan ini.

“Pengurusan perkhidmatan penting dibenarkan beroperasi pada kadar 30 peratus kapasiti semasa tempoh PKP.

“Perniagaan-perniagaan ini sekarang perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas bagi pihak pekerja mereka di mana-mana balai polis dalam Bahagian Sibu,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Matlamat peraturan ini ialah bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan membantu polis menguatkuasakan PKP selama 14 hari yang bermula sejak 16 Jan lepas, di sini.

Untuk pertanyaan lanjut komuniti perniagaan boleh menghubungi talian penting COVID-19 di 013-9994158.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat