Najib, Puad tuntut penjelasan menteri kluster tempat kerja jadi lubuk Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri tidak sepatutnya menyalahkan rakyat berhubung penularan tinggi Covid-19 di tempat kerja sekiranya sektor berkenaan dibenarkan terus beroperasi meskipun negara sedang menjalani Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) 2.0.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikai bahawa sehingga kini kerajaan masih belum menjelaskan mengapa Ikea, kedai emas, kedai fesyen dan pakaian dalam mewah dikira ‘essential service’ yang dibenarkan beroperasi semasa PKP.

“Harap Ikea tak jadi kluster baru sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, menteri mendakwa kes Covid -19 naik sebab orang ramai gagal patuhi SOP penjarakkan fizikal.

“Bagaimana mahu melakukan penjarakkan fizikal di kilang dan tapak pembinaan? SOP kena jelas. Apakah mereka perlu guna pakaian PPE di tempat kerja?

“Itu kluster tempat kerja yang menjadi lubuk jangkitan Covid-19 paling tinggi. Soalnya semasa PKP kenapa sektor ini dibenarkan beroperasi. Sepatutnya pantaulah dengan ketat,” katanya.

Ujar Puad, kini bocor surat pekeliling Eurocham Malaysia, di mana “total lockdown” akan dilaksanakan merta selepas selepas 4 Febuari jika kadar jangkitan tidak berkurang.

“Bagaimana perkara “rahsia” boleh bocor awal. Rakyat tambah keliru dan boleh panik. Apakah kerajaan “in control”.

“Bagusnya kalau Parlimen boleh bersidang. Adalah check and balance,” cadang Puad

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat