Bukan mudah tarik balik kes mahkamah, pemimpin PH beritahu Pemuda Umno Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bukan mudah untuk menarik balik kes mahkamah yang didakwa ketika era pentadbiran kedua Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kerana ia memerlukan alasan kukuh.

Setiausaha PKR Sabah Sazalye Donol berkata, sesuatu pendakwaan juga tidak boleh dilakukan sesuka hati jika tiada bukti kukuh.

“Saya bercakap mengikut lunas undang-undang diamalkan di Malaysia.

“Pengasingan kuasa lazimnya melibatkan tiga cabang utama kerajaan iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.

“Kes kalau sudah didaftar di mahkamah tidak senang ditarik balik. Mesti ada alasan yang kukuh daripada pihak pendakwaan barulah hakim akan benarkan,” lapor FMT pada Selasa.

Pada 21 Dis lalu, Pemuda Umno Sabah gesa pihak pendakwaan menarik balik segala kes didakwa di mahkamah ketika era pentadbiran Mahathir yang dikenali sebagai PH 1.0.

Ketuanya Sufian Abdul Karim membuat desakan itu susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU 2018 adalah cacat memandangkan ia dibuat terburu-buru.

Anwar berkata demikian ketika mengulas pembebasan Datin Seri Rosmah Mansor daripada tuduhan pengubahan wang.

Sementara itu, Sazalye berkata sama ada kes ditarik balik atau tidak ia terletak sepenuhnya kepada pihak pendakwaan kerana hanya mereka ‘tahu tahap bukti yang ada’.

“Jadi gesaan (Pemuda Umno Sabah) lebih kepada kepentingan parti berkenaan.

“Perdana Menteri bercakap lebih kepada keadilan rakyat yang teraniaya dan bukan kepada mereka yang memang didakwa kerana bukti jenayah yang dibuat ada,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat