Peluang ‘layan’ muzik indie

- Advertisement -

Aktiviti penganjuran acara seperti persembahan dan konsert yang tertunda hampir dua tahun kini dapat dilaksanakan semula selepas kelonggaran diberikan kerajaan menerusi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal pandemik Covid-19.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan tidak terkecuali giat menjalankan pelbagai simulasi acara hiburan untuk dinikmati oleh warga kota.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, mereka sudah merangka pelbagai acara sebelum ini antaranya KL Big Band, Konsert Rockestra Nostalgia dan KL Car Free Morning.

“Paling istimewa pada Sabtu dan Ahad ini akan berlangsung KL Urban Youth Festival 2021 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

“Ia pengisian bersempena sambutan Jubli Emas Kuala Lumpur ke- 50 Tahun yang akan datang, di mana program yang dijalankan ini bakal menghimpunkan aktiviti-aktiviti menarik seperti sukan ekstrim, eSports, pertandingan Beatbox & Breakdance, bengkel keusahawan, kelas muzik, bengkel seni kanak-kanak dan pelbagai lagi.

“Ini adalah inisiatif DBKL dalam menyediakan ruang santai terbaik buat warga kota dan pengunjung di Taman Botani Perdana,” katanya.

Menurutnya, acara ini memberi peluang kepada penggiat industri untuk kembali bangkit termasuk pemain industri muzik indie.

“Penganjuran ini pastinya membantu menggerakkan kembali ekosistem penganjuran acara yang mana bakal membantu pelbagai penggiat industri ini termasuk kumpulan indie untuk beraksi.

 

MONOLOQUE turut beraksi di Panggung Anniversari.
MONOLOQUE turut beraksi di Panggung Anniversari.

 

“Untuk Sabtu akan ditampilkan beberapa aktiviti utama seperti segmen Urban Showdown (Hip-Hop), FIFA21 Youth Championship (eSports) dan Battle at The Botanic (X-Games) dan akan disulami dengan pelbagai persembahan menampilkan artis utama seperti Bungaisme dan Strikeout.

“Pada sesi malamnya pula akan diteruskan dengan acara KL Street Jam yang bakal menampilkan artis-artis menarik seperti Caramelt Band, Kristal, Mayabayu dan Fugo,” katanya.

Sesi Ahad pula akan diteruskan dengan acara Aerobikthon, pertandingan Digimon V-Pet, pertandingan Cosplay dan persembahan hasil bengkel KL Big band serta akan dihiburkan dengan persembahan dari Rina Hime, TIM dan lain-lain.

“Kemuncak program ialah apabila warga kota akan terus dihiburkan dengan penutup festival ini menerusi persembahan daripada Monoloque, Aru Peruzza, Banyak Bunyik Republik dan Margasatwa sehingga jam 11 malam.

 

KHAIRUL Azmir buka peluang kepada semua penggiat seni untuk beraksi.
KHAIRUL Azmir buka peluang kepada semua penggiat seni untuk beraksi.

 

“Program ini disediakan secara percuma oleh DBKL kepada orang ramai.

“Kami mengharapkan warga kota memberikan sokongan terhadap program ini dan hadir beramai-ramai ke KL Urban Youth Festival @ Panggung Anniversari, Sabtu dan Ahad ini,” katanya.

Sementara itu, Margasatwa yang dianggotai Kimal (penyanyi), Fadhil (gitar), Sammy (gitar), Shadiq (bass) dan Syahir (dram) melahirkan perasaan teruja untuk beraksi.

“Ini peluang terbaik buat kami untuk memperkenalkan album sulung berjudul Margasatwa yang dikeluarkan pada Oktober 2019 lalu kepada peminat.

“Selepas dua tahun berehat akibat Covid-19, kami lega kerana akhirnya dapat mempromosikan album terbabit secara fizikal,” kata mereka yang tampil dengan muzik video untuk lagu berjudul Yang Asli.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat