SPR keluar 73 kertas undi pos untuk PRK Dun Jepak

- Advertisement -

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 73 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Jepak.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan Isnin lalu oleh petugas pilihan raya yang dilantik pegawai pengurus bagi PRK terbabit.

Menurutnya, 70 daripada kertas undi yang dikeluarkan adalah kategori 1A iaitu untuk petugas pilihan raya, dan anggota polis; satu undi pos bagi kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan dua bagi kategori 1C iaitu agensi dan organisasi.

“Kertas undi pos sudah dikeluarkan kepada semua anggota polis yang terbabit dalam PRK, justeru tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 31 Oktober nanti.

“Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon yang bertanding,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, SPR turut mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada pegawai pengurus berkenaan sebelum jam 5 petang pada hari pengundian, 4 November nanti.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat