Wanita Kota Melaka Lancar Kempen ‘Rakyat Bersuara, Wanita Mendengar’

- Advertisement -

Melaka – Pergerakan Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kota Melaka bersama-sama Wanita Umno Negeri Melaka hari ini melancarkan kempen ‘Rakyat Bersuara, Wanita Mendengar’ bagi membantu mereka yang mengalami gangguan ketidakstabilan emosi akibat COVID-19.

Pengerusi Sekreteriat Wanita Umno Negeri Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berkata, pendekatan saling mengambil berat antara satu sama lain boleh membantu orang ramai dalam menitikberatkan penjagaan kesihatan mental.

Menurutnya, kempen tersebut dicetuskan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

“Kempen ‘Rakyat Bersuara Wanita Mendengar merupakan inisiatif cetusan idea daripada Datuk Mastura Yazid, yang melihat para wanita perlu menjadi pendengar yang baik maka itu kempen ini perlu dilaksanakan dalam kita berhadapan dengan covid ada diantara kita kehilangan org tersayang.

“Kita dapat merasai kehilangan itu, satu perkara yang amat mendalam sehingga ada yg trauma.

“Kita tidak dapat membantu banyak tetapi kempen wanita mendengar ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung, luahkanlah kepada kami,” katanya.

Kempen berkenaan telah dilancarkan Ketua Wanita Umno Negeri Melaka, Datuk Wira Latipah Omar yang juga disaksikan oleh Datuk Mastura Yazid.

Sementara itu dalam majlis yang sama, Datuk Mastura turut menyampaikan inisiatif bantuan khas COVID-19 kepada waris keluarga mangsa yang meninggal dunia di DUN Duyong dan DUN Telok Mas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,586FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat