MOSTI teruskan Kembara Sains Borneo, libatkan masyarakat pedalaman – Arthur 

- Advertisement -

KALABAKAN – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan Malaysia tidak ketandusan ‘talent pool’ atau modal insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi menampung permintaan dalam industri berasaskan teknologi.

Justeru, Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, MOSTI melalui Pusat Sains Negara (PSN) mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Kembara Sains Borneo (KSB) Siri 2 yang merupakan inisiatif di bawah Minggu Sains Negara (MSN).

“Bagi membolehkan anak-anak muda kita merebut peluang-peluang ekonomi dalam bidang STI, ianya bermula daripada penglibatan aktif para pelajar kita dalam bidang STEM.

“Peluang pekerjaan dalam bidang STI mampu melonjakkan pendapatan individu di luar bandar dengan menawarkan pelbagai kerjaya yang luas sejajar dengan perkembangan teknologi,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Kembara Sains Borneo Siri Dua Tahun 2023 di Kalabakan, semalam.

Oleh itu jelasnya melalui KSB Siri 2, PSN membawakan pengalaman Pusat Sains kepada komuniti luar bandar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan serta membawa bahan-bahan pameran interaktif khas.

“Parlimen Kalabakan merupakan lokasi kedua dalam Kembara Sains Borneo Siri 2 yang mana pada 15 September yang lalu PSN telah menjelajah Parlimen Kimanis pada 15 September 2023 yang lalu dan berjaya menarik seramai 10,212 pengunjung di sepanjang 3 hari berlangsungnya KSB Siri 2 di Parlimen Kimanis,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau percaya sasaran yang ditetapkan pada awal penganjuran program dengan kehadiran seramai 20 ribu pengunjung akan dapat dicapai di penghujung KSB Siri 2 yang akan berlangsung di Parlimen Pensiangan hujung bulan ini.

Program Kembara Sains Borneo Siri 2 adalah anjuran Pusat Sains Negara sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan disokong oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Daerah dan rakan-rakan strategik lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat