PENAMPANG – Menghargai bahasa sebagai salah satu cabang pendidikan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Kadazandusun Language Foundation (KLF) telah mengadakan Karnival Bahasa Kadazandusun (BKD) dan Majlis Pelancaran Buku Kerja Bahasa Kadazandusun Tahun 5 & 6 di sini, hari ini.
Program ini merupakan kesinambungan dalam menerbitkan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun yang terbaik khusus kepada pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 bagi membantu generasi muda untuk terus membudayakan bahasa ibunda.
Majlis Pelancaran Buku Kerja Bahasa Kadazandusun Tahun 5 & 6 ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Ballroom Hall 2, ITCC, Penampang, Sabah.
Sementara itu, Ewon turut berkata “Program pada hari ini amat dekat dihati saya dan Bahasa Kadazandusun adalah perjuangan peribadi saya dalam memartabatkan pendidikan negara,”
“Saya amat teruja menyaksikan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun bagi Tahun 4,5 dan 6 dihasilkan kurang dari 6 bulan sahaja dengan penglibatan YBR melalui kerjasama KLF,”
Tambah beliau lagi, “Terima kasih YBR kerana menyokong inisiatif ini dan saya berharap YBR bersetuju untuk menganjurkan karnival Bahasa Kadazandusun pada tahun hadapan.”
Turut hadir sama dalam sesi penyampaian ini adalah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Di dalam majlis yang sama, Philip turut berkata, beliau amat menyokong usaha dalam memartabatkan bahasa ibunda di kalangan generasi muda yang semakin hari semakin moden dan menjadi ikutan masa kini.
“Penganjuran Bengkel Penulisan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun ini merupakan satu langkah proaktif dan selari dgan inisiatif global untuk memelihara Bahasa ibunda sempena Dekad Antarabangsa Bahasa Orang Asal dibawah UNESCO,” katanya.