Konsert ‘Tujuh Vibrato Gitar’ bakal mencipta sejarah

- Advertisement -

Seperti tidak cukup rempah jika tiada petikan gitar didalam genre muzik Rock ianya tidak lengkap dan susah dipisahkan, Gandingan Rock dan gitar menjadi satu kemestian untuk menghasilkan genre yang menjadi kegilaan peminat pada era 80an dan 90an dan tetap kekal releven hingga ke hari ini walaupun ada pelbagai genre baru yang muncul pada hari ini.

Maka tidak hairanlah jika setiap kumpulan Rock harus mempunyai seorang gitaris yang mahir didalam mencipta sesuatu yang luar biasa seiring dengan dengan lagu- lagu yang mencabar. Setiap lagu yang dihasilkan akan memberi pengalaman akan mematangkan seorang gitaris maka dari situ terlahirlah bakat-bakat yang hebat dan luarbiasa seterusnya menjadi ikon Rock dan legenda gitar tanah air.

Oleh itu pada 3 November 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur bakal belangsungnya satu persembahan yang bergitu unik yang belum pernah sama sekali diadakan di Malaysia, sebuah Konsert yang diberi nama “Tujuh Vibrato Gitar” dan ianya adalah kolaborasi gitaris- gitaris hebat lama dan baru di atas satu pentas.

Bagi konsert tujuh vibrato gitar tiada istilah ‘Gitar Hero’, demikian kata-kata dari pemain gitaris utama Barbarik, Joe Branko yang ditemui pada sidang media konsert terbabit pada 21 September yang lalu.

“Meskipun masing-masing punya pengalaman yang cukup luas dalam industri, malah masing-masing punya ‘fan’ sendiri, itu bukanlah faktor utama untuk menjadikan mereka ‘gitar hero’ sewaktu di pentas itu nanti”, ujar Joe

“Malah Tujuh Vibrato Gitar lebih bersifat ‘kerjasama’ yang mementingkan kredibiliti demi memastikan ‘sound’ gitar yang dihasilkan itu berbentuk harmoni di antara satu sama lain”, katanya

Pemilihan tujuh gitar mastro berdasarkan pengalaman, pengaruh muzik di era mereka dan juga mempunyai gaya unik tersendiri maka semua itu akan disatukan disebuah pertunjukan yang bakal menjadi buah mulut seluruh peminat rock dan kekal menjadi sejarah didalam industri muzik tanah air.

Sementara itu Kid yang juga senada dengan Jo Branko turut menjelaskan bahawa tiada masalah yang bakal timbul malah dia akan bersikap profesional.

“Saya sangat profesional dan tiada isu. Ini adalah atas platform individu dan bukan kumpulan. Tiada isu berbangkit. Kalau ia pun jadi benda negatif, itu satu tindakan tidak tepat dan kebudak-budakan.  Bermain gitar ni adalah karier saya, jadi saya rasa tiada isu siapa gitar hero atau sebagainya”, ujarnya.

Jo Branko yang juga bertindak sebagai Pengarah Muzik juga berharap konsert ini akan menjadi satu penanda aras bagi konsert – konsert lain yang bakal diadakan di pentas – pentas tempatan dan ianya juga setanding dengan persembahan artis – artis antarabangsa.

Menurut Man Keedal pula, Konsert Tujuh Vibrato Gitar ini juga mungkin akan menjadi satu – satunya konsert yang menyatukan tujuh lagenda gitaris negara dan mungkin tak akan ada lagi konsert yang seperti ini lagi diadakan. Maka ianya satu peluang yang tak harus dilepaskan oleh para peminat rock tempatan.

Tujuh Vibrato Gitar anjuran Big Stage Entertainment Channel turut menampilkan lima lagi pemain gitar iaitu Shah Slam, Muzza, Jemboo Def Gab C dan Anis Kalisa.

Mereka akan diiringi kumpulan Barbarik yang dianggotai Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboards), Ainoll (dram) serta penyanyi latar Izzat dan Baby. Manakala tiga penyanyi terkenal yang ditampilkan ialah Datuk Hattan, Muss dan Lan Solo.

Mereka akan menyampaikan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat muzik rock tempatan.

Mereka yang berhajat untuk menyaksikan konsert tersebut boleh mendapatkan tiket mulai sekarang yang telah mula dijual menerusi atas talian di www.tix-box.com.  Tiket-tiket berharga RM188 (Rockzone), RM278 (Normal seats), RM338 (Premium seats) dan RM5,000 (VIP Box untuk 8 orang).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat