Institusi Pendidikan KPM Beroperasi Ikut Peralihan Fasa Negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri pada 22 September 2021 berkaitan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Johor, Pahang dan Negeri Sembilan berkuat kuasa pada 24 September 2021.

KPM dalam kenyataan memberitahu telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

“Sehubungan dengan itu, pembukaan institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Johor akan bermula pada 10 Oktober 2021 berdasarkan ketetapan pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri Fasa 2 PPN.

“Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Pahang pula kekal pada 4 Oktober 2021 berdasarkan ketetapan pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri Fasa 2 PPN,” katanya.

Kementerian memberitahu memandangkan negeri Pahang akan beralih ke Fasa 3 pada 24 September 2021, maka pengoperasian institusi pendidikan di negeri Pahang akan beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN bermula pada 11 Oktober 2021.

Manakala, bagi Negeri Sembilan, pembukaan institusi pendidikan bawah KPM kekal pada 4 Oktober 2021 berdasarkan ketetapan pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri Fasa 3 PPN.

“Memandangkan Negeri Sembilan akan beralih ke Fasa 4 pada 24 September 2021, maka pengoperasian institusi pendidikan di Negeri Sembilan berdasarkan Fasa 4 PPN hanya akan bermula pada 18 Oktober 2021.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi kelulusan untuk murid kelas Tingkatan 6 Semester 2 dan kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level) di negeri Fasa 1 hadir ke institusi pendidikan tanpa penggiliran.

“Oleh itu, pengoperasian institusi pendidikan di negeri Kedah akan bermula pada 10 Oktober 2021 untuk kumpulan murid tersebut,” jelasnya.

Selain itu, katanya, murid lain kekal mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai kawasan gelembung pelancongan pada 16 September 2021, pengoperasian institusi pendidikan bermula pada 3 Oktober 2021 adalah berdasarkan ketetapan negeri Fasa 4 PPN.

“Bagi institusi pendidikan bawah KPM di negeri lain yang tidak terlibat dengan peralihan fasa pada 24 September 2021, pengoperasian institusi pendidikan adalah berdasarkan ketetapan fasa sedia ada seperti mana yang diumumkan oleh KPM pada 12 September 2021,” katanya.

Sementara itu, institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru.

“Ia juga terpakai kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

“KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.
KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat