“Setelah (BN) Kalah, Warisan Tidak Lagi Buat Maintenance” – Bung Moktar

- Advertisement -

KINABATANGAN: Dalam satu pusingan dengan menaiki bot untuk melawat beberapa kawasan pendalaman sepanjang Sungai Kinabatangan dalam DUN Lamag seperti Balat, Puru-Puru dan Sangau hari ini, Datuk Seri Bung Moktar Radin menunjukkan beberapa kemudahan yang dulu dibina kerajaan BN untuk rakyat, tapi sekarang sudah rosak kerana tidak diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri sehingga tidak boleh digunakan.

Antaranya, jeti-jeti dan tangki-tangki air yang menjadi keutamaan kepada penduduk di kawasan berkenaan untuk kemudahan harian, menangkap ikan, mendapat bekalan, menghantar hasil tanaman atau untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Perjalanan darat wujud, tapi ia mengambil masa yang lebih panjang berbanding dengan perjalanan air.

Sebagai ahli parlimen Kinabatangan sejak 1999, banyak yang dilakukan beliau untuk membantu rakyat di kawasan berkenaan seperti mendapatkan rumah-rumah dibawah projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), jambatan, tangki air, jeti dan sebagainya

Kawasan Balat sebagai contoh, asalnya adalah penempatan penduduk di tepi sungai dimana setiap kali hujan, rumah mereka akan ditenggelami air kerana paras sungai meningkat. Ia adalah usaha Bung Moktar memindahkan semua penduduk itu ke penempatan yang lebih tinggi termasuk menyediakan rumah dan kemudahan lain untuk mereka.

Tetapi semua kemudahan terutama jeti dan tangki air ini, memerlukan peruntukan berterusan untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan – sesuatu yang didakwa beliau telah diabaikan kerajaan sekarang.

Malah, beberapa kali Bung Moktar dan petugas media yang mengikut rombongannya, terpaksa meredah selut dan lumpur dengan berkaki ayam kerana kemudahan jeti yang rosak akibat kurang penyelenggaraan atau bencana alam tetapi tidak diperbaiki atau diganti.

Bukan sahaja tidak selesa dan menyusahkan, malah ia juga merbahaya kepada penduduk setempat yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan sungai.

Semua masalah ini bagaimanapun kata Bung Moktar, akan diberi perhatian oleh kerajaan baru BN, jika berjaya mendapat mandat daripada rakyat pada 26 September nanti.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian, liputan internet sepanjang perjalanan berkenaan secara keseluruhannya boleh dikatakan sangat baik walaupun berada di tengah-tengah sungai. Di sesetengah tempat, liputan 4G boleh diperolehi walaupun tidak stabil, hanya di sebahagian kecil tempat yang lain sahaja tidak ada liputan langsung – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat