Ismail Sabri dikurnia gelaran Datuk Seri Utama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 883 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Ismail Sabri dikurniakan gelaran Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, pada istiadat yang berlangsung di Dewan Istiadat, Seri Negeri Melaka, lapor Harian Metro.

Turut tersenarai menerima hari ini ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Selain itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass, Setiausaha Politik Presiden UMNO Datuk Abdul Halim Muhammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Baharin Din, masing-masing akan menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira.

Penyanyi utama Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman juga menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat