Abang Viva Terima Pingat Jasa Kebaktian Melaka

- Advertisement -

PETALING JAYA – Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar merupakan antara senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri bersempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Dalam istiadat itu, beliau menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) di atas jasa beliau membantu mangsa banjir.

Nama Abang Viva mencuri tumpuan ramai apabila dia dianggap sebagai wira banjir kerana usaha murninya membantu mangsa banjir bermula di Puchong disusuli Taman Sri Muda, Shah Alam di Selangor dan Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

Anak bongsu daripada empat beradik itu bergerak solo memandu Perodua Viva dengan membawa bot getah yang diletakkan di atas bumbung keretanya, menuju lokasi banjir berbekal wang RM50 diberikan oleh ibunya manakala RM20 bagi mengisi minyak bot dan baki RM30 untuk makanan buat mengalas perut.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri apabila dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Sementara itu, Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Search, Suhaimi A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search menjadi antara 163 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat