Tiada Sebab Untuk Takut Buktikan Keabsahan Di Parlimen – Ahmad Masrizal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sekiranya benar pada landasannya, tiada sebab untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak berani membuktikan keabsahannya di Parlimen.

Kata bekas Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, paling penting, usaha mengembalikan kesejahteraan rakyat dan negara perlu diletakkan di tempat teratas.

“Dalam konteks perlu diabsahkan segera (kedudukannya) dalam Parlimen, saya yakin kalau kita meletakkan keutamaan rakyat mengatasi segalanya, maka Perdana Menteri tak perlu takut.”

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pada Isnin, yang menggesa undi percaya terhadap Ismail Sabri diadakan segera.

Kata veteran UMNO itu, ia perlu supaya kedudukan Perdana Menteri kesembilan itu disahkan, sekali gus membolehkan beliau menerajui negara tanpa sebarang keraguan dan gangguan oleh mana-mana pihak.

Pada masa sama, Ahmad Masrizal turut melihat pelantikan Naib Presiden UMNO itu sebagai pemimpin utama kerajaan sebagai dorongan untuk parti itu kembali bersatu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada agenda pemulihan negara.

“UMNO dan Barisan Nasional sebuah parti yang matang, telah melalui pelbagai kemelut politik yang melanda negara. Saya melihat UMNO akan pasti menjayakan agenda ini dengan penuh kerjasama.

“Walaupun ada berlaku keretakan dalam UMNO, saya cukup yakin parti ini akan mampu bertaut semula dan kembali kuat dalam persada politik negara.”

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI bersama hos Nazri Kahar pada Isnin.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat