Tak kisah ‘Presiden UMNO’ tapi tak jadi PM – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu Presiden UMNO bukan Perdana Menteri tidak sewajarnya mencetuskan polemik jawatan.

Menurut beliau jawatan bukan polemik sebaliknya lebih menggambarkan kepada ‘dinamika politik’yang harus demi membebaskan rakyat dan negara daripada kegagalan tidak berkesudahan.

“Saya tidak fikir menjadi isu jika Presiden UMNO bukan Perdana Menteri selepas berjaya menumbangkan kerajaan terdahulu suatu polemik.

“Ia suatu ‘dinamika politik’ yang harus demi membebaskan rakyat dan negara daripada kegagalan tidak berkesudahan.

“Jika itu satu-satunya langkah segera yang memungkinkan rakyat dan negara diselamatkan, apakah ada lebih bermakna daripada itu? tegas Zahid.

Ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Presiden UMNO perlu sentiasa bersifat realis dengan suasana yang pragmatik demi kemaslahatan rakyat dan negara dalam setiap langkahnya.

“Fokus utama semata-mata memastikan pandemik COVID-19 dapat ditangani secepat mungkin agar rakyat dalam kesusahan diselamatkan.

“Terlalu ramai sudah terkorban dan kadar jangkitan masih tinggi, manakala ekonomi negara perlu dipulihkan pada kadar terpantas,” katanya.

Zahid menambah, kini masa untuk berganding bahu seusai perubahan dijayakan.

“Tiada yang lebih penting daripada itu dan janganlah sia-siakan harapan rakyat.

“Pada masa sama Presiden UMNO mempunyai ruang untuk memperkasa dan mempersiapkan UMNO bagi berdepan PRU-15.

“Kerana itulah jua wadah sebenar UMNO sebagai sebuah parti kembali mengetuai teras pentadbiran negara demi agama, bangsa dan negara,” kata Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat