Kesediaan PM Buka Ruang Kerjasama Perlu Diterima Baik – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tawaran Perdana Menteri yang mahu lebih mendengar suara anak muda perlu diterima dengan hati terbuka, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu sedia bekerjasama dengan kerajaan, dengan syarat ia perlu berpegang kepada tujuan sebenar untuk memulihkan negara, bukannya satu lagi episod politik kuasa.

“Saya tak berniat nak terima jawatan atau sebagainya. Sekarang ini orang tidak mahu dengar jawatan atau jawatankuasa apa, tetapi apakah hasilnya.

“Sebab itu apabila Perdana Menteri mencadangkan kita perlu libatkan lebih banyak anak muda, kita kena cari jalan tengah kerjasama dengan pembangkang, kita tak boleh tolak

“Ia perlu diterima dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.

Jelas Syed Saddiq, keterbukaannya itu adalah kerana, tawaran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibuat pada permulaan era pentadbirannya, bukan ketika waktu mendesak.

Beliau membandingkan keadaan itu dengan tawaran yang diajukan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di penghujung waktu sebagai Perdana Menteri yang lepas, sebelum melepaskan jawatan tersebut tidak lama kemudian.

“Sebab itu dalam bab ini (tawaran Ismail Sabri), ada masa untuk rundingan, supaya isu reformasi institusi, isu Undi 18 dapat diketengahkan secepat mungkin.

“Ini adalah untuk semua. Untuk kita ubah sistem di Malaysia agar sesiapa dalam kerajaan atau pembangkang dapat hak yang sama.

“Dan fokus kita adalah untuk membela rakyat, bukan bermain politik nombor semata-mata,” tambahnya.

Syed Saddiq berkata demikian dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar pada Isnin.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat