Nepotisme: “PH Buat Takpe. Jangan Orang Lain Buat” – Najib Sindir PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dipercayai merujuk kepada kontroversi surat cadangan melantik anak sendiri oleh seorang Timbalan Menteri dari parti Bersatu baru-baru ini, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menyindir Pakatan Harapan (PH) kerana mensensasikan isu tersebut walaupun mereka sendiri tidak ada jauh bezanya.

“RAYkat perlu tahu bahawa nepotisme, kronisme dan lantikan politik hanya berlaku dalam Kerajaan PN”, kata Najib, menyindir.

(RAYkat adalah merujuk kesalahan ejaan dalam plakad oleh penyokong PH dalam satu demonstrasi di Kuala Lumpur tahun lepas).

“Ianya tak berlaku dalam Kerajaan Gagalkrasi PH dahulu walaupun isteri kepada setiausaha politik PM7 dilantik pengerusi lembaga pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) manakala anak menteri PH dilantik menjadi ahli lembaga pengarah”, sindir Najib lagi.

Tambah beliau, “Alasan diberi PH kenapa isteri dan anak dilantik ialah mereka layak kerana mereka ada pengalaman meniaga”.

PH juga dakwa beliau, tidak menganggu institusi-institusi utama negara walaupun peguam swasta kepada akauntan gagal dari parti DAP, dilantik sebagai Peguam Negara manakala pemimpin parti politik PAN (Amanah) dilantik Speaker Parlimen dan pemimpin PKR dilantik ketua pesuruhjaya SPRM.

“PH buat takpe (tidak mengapa). Jangan orang lain buat”, kata Najib.

Beliau turut menyertakan salinan paparan skrin yang mendakwa, PH juga mengamalkan nepotisme ketika menjadi kerajaan persekutuan.

Pautan asal hantaran Najib boleh rujuk disini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat