Elok Khairuddin Bersihkan Nama Di Mahkamah

- Advertisement -

 

Oleh : Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Segelintir penyokong Khairuddin tidak boleh menerima kritikan. Seperti biasa keluarlah perkataan seperti bodoh dan tali barut DAP.

Kenapa bersikap “denial”? Baru enam bulan merasai nikmat kuasa kita sudah lalai. Belum lagi 22 bulan.

Janganlah berfikiran lapok. Bila dikritik itu dianggap pecah belah. Tetapi buat salah tidak dianggap menjejaskan imej jamaah.

Apa pun 27 laporan Polis telah dibuat terhadap Dr Khairuddin kerana melanggar kuarantin wajib 14 hari.

Elok Khairuddin membersihkan namanya di Mahkamah.

Ia juga dapat meredakan kegusaran rakyat kerana terdapat mereka yang didakwa dan dikenakan denda yang tinggi seperti Makcik gelang.

Bolehlah Khairuddin menjelaskan kenapa dia tidak pakai gelang. Kenapa langgar kuarantin sampai dua belas kali? Apakah status negatif virus boleh jadi alasan untuk bergerak bebas?

Mahkamah juga boleh mempertimbangkan sama ada memulangkan gaji 4 bulan itu boleh meringankan hukuman jika didapati bersalah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mohd Mazri Yahya juga menggunakan alasan yang sama.

Menurut beliau, tidak pernah berlaku dalam sejarah, seorang menteri memulangkan gaji apabila melakukan kesalahan.

Tetapi, bagaimana nanti kalau ada Pegawai Kementerian Khairuddin mohon potong gaji supaya tidak dikenakan tindakan tata tertib?

Sementara itu, YB Nik Abduh Nik Abdul Aziz menasihatkan Khairuddin “jangan merana dan hampa” dengan ujian Allah. “Terima dan nikmatinya dengan iman dan taqwa”.

Justeru, berlapang dadalah kalau Khairuddin didakwa di Mahkamah.

Kalau hukumannya berat, Khairuddin akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan Menteri. PRU 15 nanti bertandinglah semula.

Seperti mana nasihat Nik Abduh, terima dan nikmatinya dengan Iman dan Taqwa.

Setidak tidaknya nama baik Kerajaan PN, Muafakat Nasional dan PAS tidak tercemar.

Nota: Penulis adalah merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat