Kit Siang berangan Annuar akan minta maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang didakwa ‘bermimpi’ kononnya Tan Sri Annuar Musa akan memohon maaf kepadanya berhubung isu tragedi rusuhan kaum pada 16 Mei 1969.

Kata Annuar, Kit Siang terkeliru dan berangan-angan kerana beliau tidak pernah berkata akan memohon maaf untuk mengelakkan ugutan gantirugi.

Annuar Musa merujuk kenyataan Blog Lim Kit Siang pada Sabtu 21.7.2023 bahawa dia (Kit Siang) akan memulakan tindakan guaman dan dia juga menyatakan tidak akan menerima permohonan maaf dan mahukan gantirugi dari dirinya (Annuar Musa).

“Saya ambil perhatian Kenyataan Blog Lim Kit Siang pada Sabtu 21.7.2023 bahawa dia akan memulakan tindakan guaman terhadap saya. Dia juga menyatakan tidak akan menerima permohonan maaf dan mahukan gantirugi dari saya.

“Saya mengalu-alukan tindakan guamannya. Jawapan peguam saya bertarikh 21.7.2023 memberikan bukti-bukti yang mengaitkannya dengan Rusuhan 13 May 1969 dan dia sendiri sering membangkitkan hal ini termasuk kebelakangan ini.

“Dia juga terkeliru kerana saya mempertahankan kenyataan saya dan tidak pernah berkata akan memohon maaf untuk mengelakkan ugutan gantirugi. Dia berangan-angan bahawa saya akan memohon maaf atas kenyataan saya yang merupakan FAKTA yg terdapat dlm pelbagai tulisan, hansard Parlimen dan rekod keselamatan.

“Saya tidak perlu memohon maaf kpd TS LKS dan malah beliaulah yang perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala ungkapannya yang sering menyinggung perasaan dan sentimen orang Melayu dan kaum bumiputera.da Isnin.

Apakah beliau bermimpi?.” Tanya Annuar Musa menerusi kenyataan Facebook beliau, pada Isnin.-SUARATV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat