Mahkamah Tolak Permohonan SPRM Lucut Wang Bekas Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mahkamah hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan wang berjumlah RM100,000 yang dikaitkan dengan skandal 1MDB terhadap bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Ghaddam.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahir Mohd Salleh mendapati pendakwaan gagal membuktikan wang yang disita dari akaun CIMB Kasitah Gaddam berkait rapat aktiviti haram.

Pada Julai 2019 lepas, bekas Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata,permohonan perlucutan sivil telah difailkan terhadap 41 responden untuk mengambil balik dana RM270 juta yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat