Polis tak tangkap mahasiswa UMS, hanya dirakam keterangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis menyangkal dakwaan kononnya dua mahasiswa ditahan susulan penganjuran perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0.

Mengulas dakwaan aktivis Borneo Komrad Mukmin Nantang di media sosial, Ketua Polis Kota Kinabalu Kasim Muda menjelaskan mereka hanya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung laporan dibuat mereka sendiri.

Menurutnya, laporan polis tu berkait simbahan asid ke atas sebuah kenderaan semasa perhimpunan berlangsung.

“Tiada sebarang tangkapan atau kekerasan fizikal dilakukan.

“Mereka hanya diminta beri keterangan tambahan berkaitan penganjuran perhimpunan,” katanya menurut Utusan Borneo.

Sebelum ini, Mukmin mendakwa Presiden Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Fadhil Kasim dan Aliff Danial Badrul Akmal Hisham, ditahan serta dianiaya semasa hadir ke balai polis.

Dakwaan itu turut menyebut Fadhil dipukul dan ditengking namun dinafikan polis.

Lebih 100 peserta menyertai perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 anjuran segelintir pelajar UMS, Sabtu lalu.

Perhimpunan itu diadakan bagi menggesa tindakan diambil terhadap Jabatan Air Sabah, tetapi ia berakhir dengan pembakaran karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UMS telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan Ketua Polis Sabah Jauteh Dikun mengesahkan siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat