LCS lambat siap, TLDM kaji perolehan kapal terpakai – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengakui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengkaji perolehan kapal terpakai sebagai satu pendekatan dalam menghadapi isu kelewatan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, satu daripadanya adalah membabitkan kapal kelas frigat HMAS Anzac milik Tentera Laut Diraja New Zealand.

Bagaimanapun beliau berkata, setelah diteliti TLDM merumuskan bahawa kapal itu tak sesuai dan dan bukan untuk kepentingan kerajaan dan rakyat disebabkan beberapa faktor.

“TLDM rumuskan kapal dimaksudkan itu iaitu HMAS Anzac tak sesuai berdasarkan kepada perkara seperti isu berkaitan peralatan serta kos perolehan yang tak menguntungkan kerajaan.

“Selain itu, jika lakukan perolehan HMAS Anzac, proses akan ambil masa dijangkakan sehingga 2027 dan pada tahun itu kita sudah dibekalkan dengan dua kapal LCS iaitu pertama dan kedua yang akan diserahkan dan mula beroperasi pada 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) di Dewan Rakyat pada Isnin, lapor BH.

Dalam pada itu, Khaled berkata MINDEF sebelum ini juga melakukan perolehan tiga kapal misi pesisir (LMS) dari Turkiye yang mana ketiga-tiganya akan siap menjelang akhir 2027.

Ia menjadikan keseluruhan lima kapal akan mula berkhidmat dengan TLDM pada 2027.

MINDEF sebelum ini dilapor menyerahkan Surat Setuju Terima (LOA) pembelian tiga LMS kumpulan kedua kepada syarikat pertahanan Turkiye, Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM).

Projek itu akan mengambil masa kira-kira tiga tahun setengah untuk disiapkan dan Malaysia bakal menerima keseluruhan tiga kapal berkenaan pada akhir 2027.

Perancangan Kertas Putih Pertahanan menggariskan TLDM perlu mempunyai 18 LMS bagi mengawal perairan sempadan negara terdiri empat perairan iaitu Laut Cina Selatan, Laut Sulawesi, Laut Selat Melaka dan Laut Sulu.

Dengan perolehan tiga LMS batch kedua ini, ia diharap membantu dalam mencapai sasaran 18 kapal diperlukan TLDM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat