Kerajaan Perpaduan pun cacamarba, ada hati pelawa PAS, tetap bersama PN – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS menyifatkan kenyataan Fahmi Fadzil sebagai ‘memalukan’ kerana Menteri Komunikasi tidak dapat memahami konsep antara rundingan politik dengan pentadbiran, apatah lagi konsep federalisme.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebagai jurucakap kerajaan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil seharusnya bersikap lebih telus dan tidak terus syok sendiri dengan permainan persepsi serta fitnah untuk memburukkan pesaing politik Putrajaya, terutama PAS.

“Kenyataan terbarunya mengenai “kemungkinan” PAS menyertai kerajaan kerana kononnya “ada banyak perbincangan sedang berjalan” adalah imaginasinya sendiri dan tidak ada kaitan dengan PAS atau realiti politik.

“Jelas ia bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menimbulkan persepsi buruk terhadap PAS, terutama dalam kalangan pengundi di DUN Sungai Bakap yang bakal memilih wakil rakyat baharu pada 6 Julai depan. Justeru ahli-ahli dan penyokong PN tidak harus terperangkap dengan politik dan publisiti murahan pemimpin PH ini.

“Tanpa kejayaan yang boleh dibanggakan, selain berdepan dengan banyak cabaran kerana dasar-dasar yang cacamarba, termasuk kecamuk dan rasa tidak senang rakyat ekoran kelemahan kerajaan terutamanya dalam mengendalikan kesan langkah penyasaran harga diesel, Fahmi nampaknya berasa perlu untuk mengalihkan perhatian orang ramai kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN) dengan isu yang tidak berbangkit sama sekali,” bidas Takiyuddin.

Dalam pada itu, jelas Ahli Parlimen Kota Bharu itu lagi, “rundingan” yang disebut oleh menteri berkenaan, terutama antara Menteri Besar negeri-negeri yang diketuai PAS dengan Perdana Menteri adalah rundingan biasa berkait urusan pentadbiran pusat-negeri dalam sebuah negara Persekutuan.

“Amat memalukan seorang bertaraf Menteri tidak dapat memahami antara politik dengan pentadbiran, apatah lagi konsep federalisme.

“Suka ditegaskan bahawa PAS tetap kekal bersama gabungan serta kerjasama PN dan iltizam ini telah disebut sebelum ini oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahya.

“Perlu juga ditegaskan bahawa PAS bukan seperti parti-parti dalam gabungan kerajaan yang sering mengubah janji dan pendirian mereka ketika sebelum pilihan raya dan selepasnya atau pada bila-bila masa lain yang perlu apabila tersepit dengan keadaan.

“Maaf Fahmi, PAS tetap bersama PN,” ujar beliau.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata terdapat banyak perbincangan antara pimpinan PAS dan Kerajaan Perpaduan yang dikaitkan dengan dakwaan PAS mahu menyertai Kerajaan Perpaduan.

Menurut laporan media, Fahmi berkata perbincangan termasuklah yang dilakukan menteri besar daripada PAS contohnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat