Jual saham MAHB tidak dibincang di Kabinet, Menteri Umno bantah – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan penjualan 30 peratus pegangan saham Khazanah Nasional dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat yang dikaitkan dengan firma pelaburan Amerika Syarikat (AS), BlackRock bukan keputusan Kabinet.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno juga berkata, beliau berharap keputusan itu dikaji semula.

Justeru ujar Mohamad, menteri dari Umno mendesak syarikat milik kerajaan itu tidak menjual pegangan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

“Kita beri pandangan selepas ianya diputuskan kerana dia tidak dibawa ke Kabinet, dan ia di bawa ke Kabinet selepas ia diputuskan.

“Jadi kita menteri-menteri Umno memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi transaksi itu sudah terlampau maju.

“Jadi kita tengoklah macam mana, kita pun tidak tahu sama ada diteruskan atau tidak bukan di kalangan kita kerana Khazanah di bawah Kementerian Kewangan,” kata Mohamad.

Channel News Asia baru-baru ini melaporkan kerajaan tidak boleh lagi melanggar pelan penswastaan MAHB kerana tawaran rasmi sudah dibuat.

Perjanjian itu dikritik kerana GIP bakal dimiliki oleh Blackrock pada tahun ini.

Blackrock dituduh ‘mendapat keuntungan daripada genosid’ menerusi pegangan saham dalam firma pertahanan AS yang membekalkan senjata digunakan Israel.

GIP berkata BlackRock tidak terbabit dalam rancangan menswastakan MAHB, di mana GIP dan Abu Dhabi Investment Authority akan memiliki 30 peratus saham dalam syarikat itu, dengan Khazanah holding memegang 40 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 30 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat