Diesel dah kurang tiris, pengurangan 30 peratus jualan – Amir Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Penyasaran semula subsidi diesel mengurangkan ketirisan bahan api itu apabila berlaku pengurangan 30 peratus jualan runcit diesel di stesen minyak selepas dilaksanakan mulai 10 Jun lalu, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah.

Beliau berkata trend juga menunjukkan peningkatan jualan diesel komersial sebanyak 4 juta liter sehari, membuktikan sebahagian bahan api bersubsidi telah digunakan sektor industri selama ini.

Tegasnya, pihak industri sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran.

“Ini bermakna trend peningkatan jualan diesel komersial menggambarkan tanda positif ketirisan diesel bersubsidi telah berkurang,” katanya pada sesi penerangan di Dewan Rakyat lapor FMT pada Isnin.

Beliau juga berkongsi jumlah jualan runcit diesel di stesen minyak telah menurun hampir 8 juta liter sehari untuk minggu pertama pelarasan harga diesel kepada RM3.35 seliter berbanding seminggu sebelum pengumuman.

“Antara maklumat diterima salah satu syarikat minyak, jualan diesel di sempadan menunjukkan penurunan 40%, ini mengesahkan sebelum ini memang wujud aktiviti penyeludupan diesel ke negara lain,” katanya.

Mulai 10 Jun lalu, harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu harga pasaran tanpa subsidi.

Sehubungan itu, kerajaan melaksanakan inisiatif Budi Madani bertujuan memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada mereka yang layak dan mengurangkan beban golongan memerlukan, dengan pemberian RM200 bantuan tunai bulanan.

Pendaftaran bagi Budi Madani dibuka pada 28 Mei lalu dan tiada tarikh tutup ditetapkan untuk permohonan bantuan itu.

Selain Budi Madani, kerajaan turut mengurangkan beban dengan meneruskan bantuan subsidi kepada kenderaan pengangkutan awam darat serta pengangkutan barangan menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat