Laluan LTU Raub ke Bentong dibuka

- Advertisement -

RAUB: Satu lagi Seksyen Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Central Spine Road (CSR) dari Kampung Orang Asli Sg. Chandan ke Kampung Asap dibuka mulai jam 12.01 malam ini.

Dengan pembukaan laluan ini menurut Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, ia akan memendekkan perjalanan dari Simpang Keruntung ke Simpang Krau dengan jarak perjalanan hanya 18.6 kilometer yang mengambil masa 15 minit sahaja.

Jelas Wan Rosdy lagi, laluan ini merupakan laluan ketiga yang telah dibuka di mana sebelum ini saya telah merasmikan pembukaan laluan Mentara ke Kampung Seberang Jelai, Lipis pada 26 Julai 2020 dan laluan Kampung Asap ke Kampung Sertik dan Bentong Bypass pada 7 Oktober 2021 yang lalu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerjaraya, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad.

“Alhamdulillah, saya bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad telah merasmikan pembukaan laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap dan sebahagian Persimpangan Krau, Raub pada petang ini.

“Dengan siapnya laluan ini, ia akan memendekkan perjalanan dari Simpang Keruntung ke Simpang Krau dengan jarak perjalanan hanya 18.6 kilometer yang mengambil masa 15 minit sahaja.

“Laluan ini merupakan laluan ketiga yang telah dibuka di mana sebelum ini saya telah merasmikan pembukaan laluan Mentara ke Kampung Seberang Jelai, Lipis pada 26 Julai 2020 dan laluan Kampung Asap ke Kampung Sertik dan Bentong Bypass pada 7 Oktober 2021 yang lalu.” Kata Wan Rosdy.

Wan Rosdy berharap agar pembinaan Lingkaran Tengah Utama untuk fasa-fasa yang lain dapat disiapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Ia secara langsung akan membantu pengguna memendekkan jarak dan masa perjalanan, mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di musim perayaan serta mengurangkan jumlah kemalangan, ujarnya.

#KitaBersama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat