Zahid Usah Cipta Naratif Palsu Untuk Halalkan DAP – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diingatkan supaya tidak cuba mencipta naratif palsu demi menghalalkan kerjasama Umno dengan DAP.

Bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa membidas naratif yang dicipta Zahid kononnya DAP ditolak Umno sebelum ini hanya kerana berbangsa Cina.

Sedangkan menurut Annuar, Umno menolak DAP bersandarkan ideologi politik perjuangan mereka iaitu Malaysian Malaysia.

“Kita (orang Melayu) tolak bukan kerana perkauman, kaum dan bangsa tapi kita tolak kerana ideologi DAP.
Saya pun pernah kata boleh kerjasama dengan DAP waktu zaman (pentadbiran) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun ada.

“…ada perkara kita boleh kerjasama dengan DAP, tapi mengangkat mereka jadi pemimpin, beri kuasa dan sebagainya dalam keadaan ideologinya, dasarnya tidak berubah Malaysian Malaysia tak berubah begitu juga dengan perlembagaannya tidak berubah dan menepati kata Lim Kit Siang bahawa DAP akan mengubah pendekatan tapi tidak akan mengubah ideologi maka itu masih DAP sekarang yang ada sekarang ini.

“Jadi (Zahid) jangan cuba mereka-reka alasan dan naratif yang cuba memesongkan orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tentang DAP,” bidas Annuar.

Beliau yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) mengulas demikian merujuk ucapan Zahid yang memainkan naratif kononnya DAP ditentang Umno sebelum ini hanya kerana ia parti mewakili kaum Cina.

Kata Zahid, jika orang Umno boleh menerima MCA, Gerakan dan MIC yang mewakili kaum Cina dan India sebagai komponen Barisan Nasional (BN) kenapa tidak terbuka menerima DAP.

“Kini hakikatnya DAP bukan hanya mewakili orang Cina, ada ahli Parlimen DAP orang Melayu,India ini realiti politik baru, kita terima sahabat kita dengan semangat kemalaysiaan yang tulen,” ujar Zahid dalam petikan video.

Mengulas lanjut, Annuar mempersoal Zahid yakni sejak bila penolakan kepada DAP soal orang Melayu dan soal orang Cina.

“Kalau soal orang Melayu ada dalam DAP sekarang Zainal Rampak dulu DAP, Ahmad Nor dulu DAP..naib presiden pula lagi. Kita orang Melayu semua tidak menerima DAP, sebahagian besar rakyat Malaysia tak terima DAP kerana ideologinya bukan soal Melayu, Cina.

“Jangan cuba mereka-reka alasan dan sebab menyembunyikan sebab sebenar dan penerimaan DAP ini dirancang oleh pemimpin tertentu dalam Umno dua tahun sebelum pilihan raya lagi.Jadi kita akan ceritakan perkara ini yang sebenarnya nanti, jika perlu kita terpaksa dedahkan apa sebenarnya berlaku,” tegasnya.

Jelas Annuar lagi, dua tahun lepas lagi sebelum pilihan raya dah dibuat perkiraan dan perhitungan jajaran baru untuk beri sokongan kepada DAP.

“Sedangkan ahli Umno, Majlis Kerja Tertingi (MKT) Umno tak diberitahu jangan sekarang baru cuba nak reka naratif menghalalkan tindakan kerana naratif itu bukanlah satu naratif yang betul DAP memang multiracial dari dulu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat