Zahid dicabar turun dan basuh muka guna air Sungai Bidor – Fadhli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk turun dan basuh mula menggunakan air Sungai Bidor yang didakwa dicemari sisa kumbahan najis babi.

Cabaran Fadhli itu menyusul selepas Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan pengusaha kandang babi di kawasan DUN Ayer Kuning sudah pun mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Boleh Timbalan Perdana Menteri sebut apa SOP yang dipatuhi?

“Baiklah, kalau Timbalan Perdana Menteri terlalu yakin ladang babi itu ikut SOP, saya cabar beliau turun dan basuh muka menggunakan air sungai bidor selepas lokasi pencemaran.

“Ada berani? Soal Fadhli.

Hal ini kerana kata Fadhli mengikut Enakmen Pengawalan Penternakan babi 1992, penternak dilarang membuang sisa kumbahan najis babi masuk dalam sungai.

“Video yang saya kongsikan adalah apa yang saya saksikan sendiri, sisa kumbahan najis babi, disalirkan terus masuk sungai secara berterusan.

“Untuk rekod juga saya tunjuk betapa jernihnya air Sungai Bidor sebelum kawasan pencemaran,” bidas Ahli Parlimen Mas itu lagi.

Terdahulu Zahid berkata, cadangan Perikatan nasional (PN) mengenai penambahbaikan isu ladang babi di kawasan DUN Ayer Kuning di Perak tidak lagi relevan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat