Ramli Ngah Talib dilantik TYT Pulau Pinang, dikurnia gelaran Tun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara pada Khamis.

Pada istiadat sama, Ramli, 84, turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun.

Ramli dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Mei 2025 hingga 30 April 2029, lapor Bernama.

Pelantikan Ramli bagi menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang menyandang jawatan itu bermula 1 Mei 2021.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat