Motosikal Curi Di Ruang Tamu Rumah

- Advertisement -

GOMBAK – Polis berjaya memberkas tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal di sekitar Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, bertindak atas maklumat, pada jam 1 pagi, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Selayang telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua daripada tiga lelaki berada di dalam bilik rumah tersebut.

“Kita mendapati sebuah motosikal jenis Yamaha 125z dalam keadaan tidak sempurna berada di ruang tamu rumah itu dan hasil semakan mendapati motosikal itu dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Arifai berkata, kesemua suspek berusia bawah 30 tahun itu telah dibawa ke Balai Polis Selayang untuk tindakan lanjut.

“Kita turut merampas barang kes bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam satu lagi serbuan berasingan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun disyaki membawa satu plastik berisi ketum.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menahan lelaki berkenaan yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo ketika sekatan jalan raya di Gombak pada jam 5 pagi,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 – Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat