121 Pulih Jangkitan Covid-19, 88 Jangkitan Baru dan Satu Kematian Hari Ini – KKM

- Advertisement -

Satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 96 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 88 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,691 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 41 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 18 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 121 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,663 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 64.4 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,932 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

1) Kes kematian ke-96 (kes ke-2,978)

• Lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

• Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-1,345) yang mempunyai sejarah pulang dari negara Indonesia.

• Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 31 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 24 April, 2.29 pagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat