Malaysia Kekal Sokong Dialog dan Diplomasi, Anwar Ibrahim Seru Jalan Damai di Asia Barat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain dan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini, sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik ke facebook beliau, perbualan itu bukan sahaja bertujuan bertukar ucapan Aidilfitri, tetapi juga mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran bagi rakyat kedua-dua negara.

Perbualan turut menumpukan kepada perkembangan semasa di Asia Barat, yang kini kian meruncing. Anwar Ibrahim menyatakan keprihatinan mendalam terhadap ketegangan yang berlarutan, termasuk implikasi kepada keselamatan serantau dan kesejahteraan rakyat, serta menyampaikan takziah atas kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat serangan balas.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia kekal berpendirian bahawa segala pertikaian mesti diselesaikan melalui jalan damai, dengan menekankan dialog, diplomasi, dan kerjasama erat antara negara sebagai cara utama untuk meredakan ketegangan dan memulihkan kestabilan, sejajar dengan tuntutan kemanusiaan dan prinsip keadilan sejagat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat