Peruntukan Belanjawan 2023 RM388.1 bilion – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Peruntukan Belanjawan 2023 bertemakan “Membangun Malaysia Madani” memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan.

Bahkan, Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion pada Oktober 2022.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan Madani ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global.

Beliau yang juga Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan hidang belanjawan dengan memaparkan fakta dan angka sebenar, tidak cuba kaburi minda rakyat dengan data memukau.

“Ekonomi dijangka berkembang sederhana pada 4.5 peratus berbanding unjuran awal 4-5 peratus pada 2023 berbanding 8.7 peratus pada 2022.

“Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar berkata lagi, kerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 bilion ketimbang RM294.4 bilion pada tahun lalu.

Selain itu ujarnya, kerajaan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat