Cukai pendapatan M40 dikurangkan, kadar cukai T20 dinaikkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berkat kesabaran golongan M40, Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada mereka.

Kata Menteri Kewangan, selama ini, golongan B40 sering diberikan pelbagai bentuk bantuan sementara kumpulan pertengahan, M40 menunjukkan kesabaran mereka meski terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam.

“Sukacita diumumkan, Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada mereka.

“Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 2 peratus melibatkan banjaran lebih RM35 hingga RM100 ribu.

“Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300,” umum Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2023.

Sementara M40 mendapat manfaat daripada pengurangan kadar cukai, Anwar mengumumkan kerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga 2 peratus melibatkan banjaran lebih RM100 ribu hingga RM1 juta.

Namun katanya, kurang daripada 150 ribu pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi.

“Melalui pendekatan ini, langkah ini melibatkan pengurangan hasil cukai bersih Kerajaan sebanyak RM900 juta ringgit untuk manfaat
rakyat khususnya M40,” jelas Perdana Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat