Taman Tema Genting SkyWorlds Bakal Dibuka Pertengahan 2021

- Advertisement -

Penantian pengunjung setia Genting Highlands bakal berakhir kerana taman tema bertemakan filem, Genting SkyWorlds dijangka dibuka kepada umum pertengahan tahun 2021.

Wakil Resorts World Genting (RWG), Lee Thiam Kit berkata mereka komited untuk membuka kembali taman tema tersebut (yang selama ini ditutup untuk proses renovasi) walaupun negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lee berkata pihak RWG telah membuat pelaburan USD800 juta (+-RM3.2 bilion) untuk menaik tarak taman tema ini dan mereka melihat pelaburan ini sebagai satu aset penting untuk merancakkan kembali ekonomi serta industri pelancong negara.

gw

“Kami komited untuk membuka kembali taman tema ini sekiranya dibenarkan untuk beroperasi. Sekiranya dibuka, kami dapat menghasilkan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan secara tidak langsung dapat menggalakkan sektor pelancongan buat Malaysia dan negeri Pahang,” Terang Lee dalam sidang media virtual semalam.

Apa yang bakal ada di Genting SkyWorlds nanti? 9 jenis tarikan bertemakan filem iaitu Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. Terdapat 26 tarikan utama di taman tema berkeluasan 26 ekar dan semestinya roller coaster yang lebih mengujakan menanti pengunjung.

Anda boleh melihat first look untuk taman tema ini pada video di bawah. Disebabkan penutupan pintu sempadan negara, fokus utama RWG adalah untuk memberi tumpuan kepada warga tempatan untuk menjadi antara yang pertama mencuba taman tema ini.

Harga untuk tiket untuk taman tema ini akan dimaklumkan sebelum tarikh pembukaan rasmi. Sekiranya semua berjalan lancar, jumpa di Genting Skyworlds pertengahan tahun ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat