Najib tanya Wan Ahmad Fahysal bertanding mana PRU-15?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak ternyata tidak berpuas hati dengan suara lantang Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal yang mengatakan bahawa zaman UMNO berkuasa telah berlalu dan perlu akur bukan lagi menjadi kuasa besar dalam politik negara.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO secara sarkastik bertanya “kamu (Wan Ahmad Fahysal) bertanding kat mana PRU-15?

“Rasanya dia pasti menang di mana-mana juga sebab lawannya akan susah untuk lawan kuasa cetak duit dan kuasa surat sokongan.

“Timbalan Menteri Perikatan Nasional (PN) merangkap Ketua Armad Bersatu ini kata era UMNO sudah berakhir dan kita (UMNO) bukan lagi besar dalam landskap politik negara,” bidas Najib.

Wan Ahmad Fahysal terdahulu berkata, situasi politik pada masa kini menuntut semua parti bekerjasama memastikan agenda politik parti masing-masing dapat dijayakan.

“Sekiranya tidak bekerjasama, kita semua rugi dan kalah pilihan raya nanti,” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat